Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem!!

Assalamualaikum dan bismillah.


Sabtu (21-07-2012) = 1 Ramadhan 1433.


Hari pertama puasa! Jangan tak puasa bagi yang mampu. Sesiapa yang "cuti" ataupun uzur, janganlah puasa pulak! =D


Disebabkan mama saya ada menghidap diabetes mellitus type-2, saya nak kongsi tips berpuasa bagi pesakit diabetis!


1) Sahur! Penting sangat supaya badan mendapat cukup nutrisi dan tenaga untuk sepanjang hari. Kalau kurang tenaga, boleh menyebabkan pengsan dan sebagainya akibat daripada hipoglisemia iaitu kurang gula "glukosa" dalam darah yang juga boleh menyebabkan dehidrasi. Jika berasa kurang selesa atau tak sedap badan, berbukalah.


2) Air! Ketika sahur dan berbuka, banyakkan minum air. Air yang dimaksudkan adalah air kosong atau air masak atau air mineral! Penting supaya badan tidak mengalami kondisi yang dinamakan dehidrasi.


3) Makan secara sederhana ketika berbuka! Kalau boleh, kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, mee, kuey tiaw, bihun, roti dan nasi impit! ahaha. Gantikan dengan makanan yang tinggi protein dan serat supaya paras glukosa dalam darah tidak melambung naik sehingga paras yang berbahaya.


4) Senaman ringan! Untuk memastikan tubuh sentiasa cergas dan otak menjadi cerdas. Cewah! Ini juga berkait rapat dengan tekanan darah kerana puasa dikatakan boleh menurunkan tekanan darah. Jangan pula bersenam secara keterlaluan, nanti dehidrasi tambah pula hipoglisemia, pengsan la jawabnya!


Itu sahaja tips yang paling penting dan mudah untuk diamalkan bagi memastikan pesakit diabetis. Tulis banyak-banyak pun, bukannya nak baca pun kan,,? Hehe.


Jadi, selamat berpuasa kepada semua dan semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada kita semua. 


Ambillah kesempatan yang diberi pada kali ini untuk menambahkan amal ibadat kita kepada Allah dan memperbanykkan pahala untuk kesenangan di akhirat kelak.


Seterusnya, kekalkan perubahan pada ramadhan kali ini *jika ada*, supaya kita tak digelar "hamba ramadhan". Apa itu "hamba ramadhan"? Nantikan... =D

Jaga percakapan! Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi di bulan yang mulia ini!
p/s
Kalau sahabat ucapkan "Ramadhan Kareem", kita jawab "Allahuakram". InsyaAllah berguna untuk semua!



~others~

Related Posts with Thumbnails