Tuesday, May 24, 2011

subuh yang hening

Assalamualaikum...

terasa nak menulis lagi hari nie... tapi pasal bnda lain plak...

tiada lagi kucing atau bb... hehe *peace to bb user and cat over*


Sebenarnya saya nk bercerita sikit hari ni....


Pada satu pagi yang hening, setelah penat pulang dari berborak di kedai kopi 
*ada pulak kedai kopi kat mansoura ni ek*

saya pun menyambung kegiatan menelaah pelajaran sambil mendengar halwa telinga.

Tiba-tiba, saya terlihat jam di 'desktop' saya menunjukkan jam 2.30 pagi.

"Wah, lama juga aku membelek buku, muka buku dan bermacam-macam buku lagilah! Nak tidurlah pulak," bermonologku sendirian.

Setelah bersiap-siap untuk tidur, aku pun menyelimut tubuhku dengan 'saratoga' atau selimut tebal.

Sedang asyik berkhayal, memikirkan perihal masa depan dan cita-cita yang menggunung, aku sekali lagi dikejutkan dengan satu suara yang sangat biasa kudengari setiap hari.

Sayup-sayup sahaja suara itu. Seolah memanggil-manggil sesuatu. Menyeru semua orang yang mendengarnya. 




Lama aku melihat-lihat di sekeliling aku walaupun di dalam gelap untuk memastikan apa yang aku dengar itu merupakan satu realiti. 


Aku pun meneliti apakah yang diungkapkan suara itu. Suara itu kedengaran seperti ini :




Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar
........
.........
........
..........
..........
Lailahaillallah




Azan? Biar betik? 


Aku pun meraba-raba di sebelah bantal untuk mencari telefon bimbit yang juga dijadikan 'alarm clock'.




OMG! Pukul 3;12 pagi!!




Memanglah... Daylight saving time hari tu cancel. That's whylah because!






Awal tak subuh?? ini semua sebab daylight saving time yang dah dibatalkan  baru-baru ni!! 

Aku pun bangunlah dari katil dengan bangga, rajin, tekad dan berinspirasinya untuk ke tandas untuk mengambil wudhu'.




Aku pun menunaikan solat subuh tanpa ragu-ragu dan mengejutkan rakan-rakan lain yang pastinya baru sahaja dibuai mimpi indah.




Kalau nak diikutkan, memang susah untuk bangun solat subuh sekarang sebab pukul 3 pagi.



Lu ada betul ka? 




Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangi!!
Jadi, di sini ada beberapa cadangan yang pastinya membantu anda untuk meastikan anda tidak tertinggal solat subuh. *aku pun tak aplikasikan pun cara-cara ni lagy*






1) Berjaga malam dan tidur lepas solat subuh
- cara ini dilihat berkesan walaupun orang kata tak elok tidur lepas subuh sebab nanti 'rezeki dipatuk ayam'.
- oklah daripada tak subuh langsung.




2) Beli jam loceng yang 'kasi' gegar satu rumah.*kalau boleh satu imarah*
- kalau tak boleh jugak, kena pergi hospital berdekatan untuk periksaan telinga!






jam loceng!!
3) Letak 'jam loceng di cadangan kedua tadi' di tempat yang sukar dicapai dan memaksa kita bangun. Seperti di :
- dapur
- bilik air
- ruang tamu






tapi tidak di :
- rumah jiran
- telinga kawan sebilik
- di tempat haiwan peliharaan
- tangga rumah *takut jatuh masa tengah mamai*




4) Pastikan anda ada keazaman yang tinggi untuk bangun subuh!


Wudhu' boleh menyegarkan anda!




5) Pesan pada bantal supaya kejutkan kita untuk bangun subuh.
- nampak macam karut tapi cuba lah! manalah tahu an? *errkk..*




6) Minta tolong kawan kita yang selalu bangun awal supaya kejutkan kita.
- belanja makan sebagai balasan! *melainkan kalau dia ikhlas*




Kalau ada atas katil, bukan terjaga je.. boleh mandi terus!!
7) Cipta alat pancuran air yang boleh set masa dan letak betul-betul atas muka di siling bilik.
- mesti bangun punya sebab dah basah kena air.
- kalau tak bangun juga, alamatnya kawan kitalah yang tolong sembahyang kan kita! *simpang!! ~gaya usop wilcha*






Jadi, ingatan saya kepada diri sendiri dan kawan-kawan supaya bangunlah subuh kerana ianya ibarat 'battery recharge time' untuk manusia. 




Mulakan hari anda dengan permulaan yang baik dan hari anda insyaAllah akan menjadi ceria dan gembira!!
Enhanced by Zemanta

Saturday, May 21, 2011

bb fever vS cat lover



semenjak, dua menjak, tiga menjak nieyh...

ada demam melanda Mansoura ni....

demam ni spesial punya.... 







Cat atau Kucing atau القطا
Blackberry atau بلاك بيري 






vS





agak-agak mana satu yang menang?

dua2 menang!!!! yeay!!!! 

mungkin hidup kat perantauan ni banyak tekanan...
apa salahnya ada bnda yg boleh dilakukan untuk ber'gumbira'..

antara sebab perlu pilih kucing :

semangat dan sehatnye badan kucing nieyh!!
1) comel, cute dan manja!!!

2) boleh jadi teman berbicara dan meluahkan perasaan...
contohnya :
Pemilik Kucing : "Kucing2, arini kan kita byk kerja kena buat.. study la... makan la... bergosip la... study balik.... mandi pulak... masak lagy...."
Kucing : meoww...meooow... meeooowww.. (aku paham!!)

3) kucing buat hati rasa gembira... hidup rasa dipenuhi dan diperlukan... haha.. 

tapi ada jugak masalahnya...

1) makanan dia nk yg up2 je... kucing tak makan nasi lemak ke... kari ayam ke.. kucing makan friskies... makanan dalam tin je...

2) kalau yg jenis bulu senang tercabut tu memangla... penuh bulu kucing kat baju... berbulu orang tengok!!! =]

3) kalau kena cakar memang sedap la an.... penuh pulak parut2 kesan "love touch" kucing tue....

itu untuk yang nk memanjakan diri dengan bnda hidup.. kalau yg jenis hantu gadget.... mangsa trend... BB la pulak....

Mengapa perlu pilih Blackberry (bb) :

mutu, gaya, keunggulan!!!
1) sebab blackberry bukan blueberry...ngeh3..

2) bb ada bbm... apa tu?? Blackberry Messenger... 

3) bb ada apa lagy ek?? errmmm... boleh online... guna kucing mane boleyh online... hehe

tapi ada juga masalahnye :

1) bb selalunya harga berjuta-juta.... huhu
Rupiah la....hehe mahal... tak semua mampu ek....

2) kalau ada bb orang akan gelarkan kita bbb.. budak blackberry... hehe *masalah ke tu?*

3) kalau ada bb, tak dapat nikmati hidup sebab sibuk ber'bb' 24/7... kadang2 orang tegur pown tk perasan...kih3.. dalam kelas pown tk focus sebab kat tangan ada bnda yg lagy berharga kowt!! =]

Jadi............

siapakah pemenang antara pertarungan antara dua pengaruh ni??

adakah kucing yg comel dan montok 

atau

bb yang fashionable, flexible and flabby? *ayat arwah din beramboi dalam sawancara* hehe

aku pown tak tahu... 

ikut korangla nk pilih mana..

yang nak beli bukan duit aku pown....

duit hasil titik peluh korang jugak an....

penat2 kerja.... eyh... "bukan ke budak ni study lagy?"

owh... duit mak ayah korang dan bukan duit mak ayah aku pown...

kan..kan..kan..

terpulang la... kalau rasa perlu.. beli...

kalau rasa tak perlu.... beli jugak... boleh?

yang penting study leklok...

jangan tekanan2...

jangan tidur lambat2....

jangan nak sibuk cari orang rumah je.. " bagi yg ikhwat"

jangan sibuk cari calon suami.."bagi yg akhwat"

jodoh pasti akan datang dan menjelma bila sudah tiba masanya nanti..

jangan yang dikejar tak dapat...yang dikendong berciciran..

*macam lari tajuk je? bedal je la... al maklumlah lama tak menulis...

nie yang tulis macam orang bulimia je ni....

jadi...

kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi...

exam pown dah dekat...

makin lama makin mencarut-carut aku kat sni plak....

jadi..."dah bape kali jadi da?"

GOOD LUCK buat semua pelajar yang akan exam nanti...

jumpa lagi.. bubbye!!!! (^__^)

p/s : kandungan blog ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia!!!

PEACE!!

~others~

Related Posts with Thumbnails