Tuesday, May 24, 2011

subuh yang hening

Assalamualaikum...

terasa nak menulis lagi hari nie... tapi pasal bnda lain plak...

tiada lagi kucing atau bb... hehe *peace to bb user and cat over*


Sebenarnya saya nk bercerita sikit hari ni....


Pada satu pagi yang hening, setelah penat pulang dari berborak di kedai kopi 
*ada pulak kedai kopi kat mansoura ni ek*

saya pun menyambung kegiatan menelaah pelajaran sambil mendengar halwa telinga.

Tiba-tiba, saya terlihat jam di 'desktop' saya menunjukkan jam 2.30 pagi.

"Wah, lama juga aku membelek buku, muka buku dan bermacam-macam buku lagilah! Nak tidurlah pulak," bermonologku sendirian.

Setelah bersiap-siap untuk tidur, aku pun menyelimut tubuhku dengan 'saratoga' atau selimut tebal.

Sedang asyik berkhayal, memikirkan perihal masa depan dan cita-cita yang menggunung, aku sekali lagi dikejutkan dengan satu suara yang sangat biasa kudengari setiap hari.

Sayup-sayup sahaja suara itu. Seolah memanggil-manggil sesuatu. Menyeru semua orang yang mendengarnya. 




Lama aku melihat-lihat di sekeliling aku walaupun di dalam gelap untuk memastikan apa yang aku dengar itu merupakan satu realiti. 


Aku pun meneliti apakah yang diungkapkan suara itu. Suara itu kedengaran seperti ini :




Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar
........
.........
........
..........
..........
Lailahaillallah




Azan? Biar betik? 


Aku pun meraba-raba di sebelah bantal untuk mencari telefon bimbit yang juga dijadikan 'alarm clock'.




OMG! Pukul 3;12 pagi!!




Memanglah... Daylight saving time hari tu cancel. That's whylah because!






Awal tak subuh?? ini semua sebab daylight saving time yang dah dibatalkan  baru-baru ni!! 

Aku pun bangunlah dari katil dengan bangga, rajin, tekad dan berinspirasinya untuk ke tandas untuk mengambil wudhu'.




Aku pun menunaikan solat subuh tanpa ragu-ragu dan mengejutkan rakan-rakan lain yang pastinya baru sahaja dibuai mimpi indah.




Kalau nak diikutkan, memang susah untuk bangun solat subuh sekarang sebab pukul 3 pagi.



Lu ada betul ka? 




Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangi!!
Jadi, di sini ada beberapa cadangan yang pastinya membantu anda untuk meastikan anda tidak tertinggal solat subuh. *aku pun tak aplikasikan pun cara-cara ni lagy*






1) Berjaga malam dan tidur lepas solat subuh
- cara ini dilihat berkesan walaupun orang kata tak elok tidur lepas subuh sebab nanti 'rezeki dipatuk ayam'.
- oklah daripada tak subuh langsung.




2) Beli jam loceng yang 'kasi' gegar satu rumah.*kalau boleh satu imarah*
- kalau tak boleh jugak, kena pergi hospital berdekatan untuk periksaan telinga!






jam loceng!!
3) Letak 'jam loceng di cadangan kedua tadi' di tempat yang sukar dicapai dan memaksa kita bangun. Seperti di :
- dapur
- bilik air
- ruang tamu






tapi tidak di :
- rumah jiran
- telinga kawan sebilik
- di tempat haiwan peliharaan
- tangga rumah *takut jatuh masa tengah mamai*




4) Pastikan anda ada keazaman yang tinggi untuk bangun subuh!


Wudhu' boleh menyegarkan anda!




5) Pesan pada bantal supaya kejutkan kita untuk bangun subuh.
- nampak macam karut tapi cuba lah! manalah tahu an? *errkk..*




6) Minta tolong kawan kita yang selalu bangun awal supaya kejutkan kita.
- belanja makan sebagai balasan! *melainkan kalau dia ikhlas*




Kalau ada atas katil, bukan terjaga je.. boleh mandi terus!!
7) Cipta alat pancuran air yang boleh set masa dan letak betul-betul atas muka di siling bilik.
- mesti bangun punya sebab dah basah kena air.
- kalau tak bangun juga, alamatnya kawan kitalah yang tolong sembahyang kan kita! *simpang!! ~gaya usop wilcha*






Jadi, ingatan saya kepada diri sendiri dan kawan-kawan supaya bangunlah subuh kerana ianya ibarat 'battery recharge time' untuk manusia. 




Mulakan hari anda dengan permulaan yang baik dan hari anda insyaAllah akan menjadi ceria dan gembira!!
Enhanced by Zemanta

~others~

Related Posts with Thumbnails