Saturday, October 22, 2011

Menyayangi Masa!

3/10/2011
saya terbang dari Malaysia ke Mesir....
(dah hampir 3 minggu balik sebenarnye) case 3 pown dah nk habis,, 
nak masuk case 4 pown!

22/10/2011
sekarang, saya sudah berada di bumi anbiya iaitu Mesir...

01/11/2011 - 14/11/2011
cuti raya haji!!! 
(macam lame je, nak kna study time tueyh! 
Ya Allah kuatkanlah semangat hambaMu yang lemah ini!)

22/11/2011
sebulan lagi. hari lahir adikku yang terchenta yang ke 16... Sweet 16..

26/11/2011
exam mid sem MCQ! 

28/11/2011
start case 6...

06/01/2011 - 17/01/2011
study leave! (masa2 yang sgt genting bagi pelajar medic!)

18/01/2011 - 23/01/2011
final exam for semester 3!

24/01/2011
start winter break! =))


Pointnye di sini adalah.....

1) Nampak tak permainan dia,,, masa pantas sangat berlalu... tapi sepantas itukah kita mengejar masa itu.

2) Maknanye, untuk berjaya,, kita kena berkawan @ berkahwin dengan masa sebab masa itu takkan tunggu orang yang tak mahu mendekatinya.

3) Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Allah pun bersumpah dengan menggunakan MASA. Maka, beringatlah Fadhil! 

4) Sebenarnya cukup je masa 24 jam sehari yang Allah bagi untuk kita semua, tetapi semuanya bergantung kepada sejauh mana kita mengaturnya. People who fails to plan, plans to fail.

5) Kenapa orang lain boleh dan cukup je masa untuk dia dalam hidup tapi tidak bagi kita? Maknanya kita pown boleh, terletak kepada sejauh mana kemahuan, kehendak dan keazaman kita untuk BERJAYA!

Layan lagu yang sangat bermakna nieyh!

Sekian, syukran kathiran.. =))

p/s lama tak update! kesian,,, =(

Wednesday, August 3, 2011

Taipingmate

Jam 12:09 tgh hari, Ahad


mesej diterima drpd firdaus bakri @ pdot @ fb =))


*Kua j0m..0di ad skali*


aku yang kebosanan pown melompat kegembiraan sebab orang ajak kuar,,,kih3


walaupown esoknya dah nak puasa, itu bukan penghalang untuk kami geng2 tepeng ni nak kuar ke Tepeng Sentral(TS)!


tapi kan,, nak dijadikan cerita,, aku kena ulang alik ke TS 2 kali sebab,,,,


cooling pad yang dibeli mamaku semalam tidak di'test' dulu,,


sampai2 je kat umah tak boleyh pakai!!! apa cerita?? 


jadi,, mama pown dengan semangatnye berkata,,


*jom pergi tukar sekarang,, satgy nak keluar ngan kawan2 kan?* tak tau apa kaitannye,,,huhu=(


tapi sebagai anak yang taat kepada perintah ibubapa,, cewah,, ikutkan je lah,,,


dah lah TS tue jammed mcm TS tu tutup esoklah kata orang!! mcm hari Ahad tue je lah peluang terakhir g Ts tu,, pnyelah ramai umat manusia kat tepeng ni upenye,,,, isyh3,,,


tak dapat parking,,, mak aku je la naek ke kedai tu,, aku tggu kat bawah dlm keta,,,


time tggu,,,


1) fb dalam kereta meluncur di sebelah keretaku tengah nak cari parking jugaklah agaknya *tak perasan aku kat situ pown*


2) odi tengah tggu sambil berkeliaran tak tahu nak buat apa kat pintu masuk! maafin kami yang telat ni ya!


pastu pulang ke rumah menghantar mamaku,,, balik balik ke TS jammed lagy,,, sabor je lah!


biasalah,, selalunye kalau nk parking keta naek kat Tesco,, tapi full jugak,, pusing2 dalam tue la,,, ada jugak lah 2-3 kali pusing baru ada rezeki parking sebab ada org keluar,,, fuuhh,, lega!


sampai2 odi je ada,, sebab fb upenye balik2 ambik adik dia tuisyen! eerkkk,,, kih3


mnunggulah kami berdua akan mereka di mcD,, mula2 aku + odi,, pastu + fb,,, kemudian barulah muncul akan sal n ekin dr arah tesco!! bayangkan kami duduk di mcD tanpa makanan mcD di atas meja! hahahaha..


ada aku kesah? mmg tak r,,,,


lapar pnye pasal,,, nak decide tempat makan ada jugak ar dalam 5-10 minit,,, last2 g mane tahu,,, 


Tesco Foodcourt,, YEAH!!


punyalah rindu sahabt sejati,,, makan pown bnda yg sama,,


Nasi Ayam!!


cuma pdot je laen sbab dia org laut!! hehe *jgn mara*


lepas makan discuss pulak nak buat apa,,, tkkan nk sembang2 je,,,


kitorang pown ambik keputusan nk jln2 kat TS,,,


sampai tingkat paling atas ada karaoke, pool, roller blade,,,


dengan godaan yang kuat ke arah karaoke,,, kitorang pown menyewa satu bilik karaoke,,,


persediaan ramadhan apa lah kitorang buat pown kitorang tak tau!! kui3...


takpe karaoke,, yang penting masih menjaga batas2 dan tidak melakukan perkara yang terkutuk!! *ceramah jap*


mcm2 lagu kitorang nyanyi,,, ada yang tak pernah dengar,,, ada yang selalu sgt dengar,,,


lagu raya pown ada,,, pown boleyh laa,,,,


selesai karaoke!! kitorang menuju ke Taman Tasik Taiping yang indah, cantik, lawa, bersih dan nyaman,,,


walaopon air kering skit,, musim panas la tueyh!!


kat sini baru nk snap gambar sebab baru tringat kamera ada dalam keta!!!

















tak cukup jalan2,, perut lapar balik!!! isi lagi!!

Tepeng mmg popular ngan Yong Tau Foo ngan ABC!!

itulah juadahnye,,,







Habis makan,,, 


Kitorang pown blah mmbawa haluan masing-masing,,,


Bila pulak la ada kesempatan nak hangout togethergether,, hehe


itulah kisah tepengmate saya!


Anda bagaimana!? haha =))


p/s
malas nak edit font colour ngan add caption kat gambar,,, haha =))


layan je!!! k,, Bubbye!

Saturday, July 30, 2011

macam ape je

tak paham betul ngan orang zaman sekarang nieyh!

dah tau tak kenal atau tak nak kawan ngan seseorang tu kenapa accept time diorang add friends!?

lain kali tak payah accept friend request, tak la buat orang rasa pelik!

lepas dah beberapa lama, rasa macam dah hot tu,,, ramai sgt kawan fb nye tueyh,,

mulalah nak buang friends yang ada,,

kononnya ada friends yang tak berapa nak kenal..

so, nak tinggalkan yang betul2 kenal je...

ni satu agy penyakit,

dah tak nak sgt berkenalan ngan kawan fb yang baru tueyh,,,

tak payah buat fb....

menyusahkan masyarakat dan juga negara je,,,


remove semua orang,, biar kao sorang je dalam page fb kao! =)

ketahuilah bahawa orang yang diremove friends tu tak kesah pown

cuma pelik, hairan dan aneh bila ini berlaku

*berlaku kat aku ke nieyh?? haha 

*sekadar luahan hati yang kebosanan!

Tuesday, May 24, 2011

subuh yang hening

Assalamualaikum...

terasa nak menulis lagi hari nie... tapi pasal bnda lain plak...

tiada lagi kucing atau bb... hehe *peace to bb user and cat over*


Sebenarnya saya nk bercerita sikit hari ni....


Pada satu pagi yang hening, setelah penat pulang dari berborak di kedai kopi 
*ada pulak kedai kopi kat mansoura ni ek*

saya pun menyambung kegiatan menelaah pelajaran sambil mendengar halwa telinga.

Tiba-tiba, saya terlihat jam di 'desktop' saya menunjukkan jam 2.30 pagi.

"Wah, lama juga aku membelek buku, muka buku dan bermacam-macam buku lagilah! Nak tidurlah pulak," bermonologku sendirian.

Setelah bersiap-siap untuk tidur, aku pun menyelimut tubuhku dengan 'saratoga' atau selimut tebal.

Sedang asyik berkhayal, memikirkan perihal masa depan dan cita-cita yang menggunung, aku sekali lagi dikejutkan dengan satu suara yang sangat biasa kudengari setiap hari.

Sayup-sayup sahaja suara itu. Seolah memanggil-manggil sesuatu. Menyeru semua orang yang mendengarnya. 




Lama aku melihat-lihat di sekeliling aku walaupun di dalam gelap untuk memastikan apa yang aku dengar itu merupakan satu realiti. 


Aku pun meneliti apakah yang diungkapkan suara itu. Suara itu kedengaran seperti ini :




Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar
........
.........
........
..........
..........
Lailahaillallah




Azan? Biar betik? 


Aku pun meraba-raba di sebelah bantal untuk mencari telefon bimbit yang juga dijadikan 'alarm clock'.




OMG! Pukul 3;12 pagi!!




Memanglah... Daylight saving time hari tu cancel. That's whylah because!






Awal tak subuh?? ini semua sebab daylight saving time yang dah dibatalkan  baru-baru ni!! 

Aku pun bangunlah dari katil dengan bangga, rajin, tekad dan berinspirasinya untuk ke tandas untuk mengambil wudhu'.




Aku pun menunaikan solat subuh tanpa ragu-ragu dan mengejutkan rakan-rakan lain yang pastinya baru sahaja dibuai mimpi indah.




Kalau nak diikutkan, memang susah untuk bangun solat subuh sekarang sebab pukul 3 pagi.



Lu ada betul ka? 




Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangi!!
Jadi, di sini ada beberapa cadangan yang pastinya membantu anda untuk meastikan anda tidak tertinggal solat subuh. *aku pun tak aplikasikan pun cara-cara ni lagy*






1) Berjaga malam dan tidur lepas solat subuh
- cara ini dilihat berkesan walaupun orang kata tak elok tidur lepas subuh sebab nanti 'rezeki dipatuk ayam'.
- oklah daripada tak subuh langsung.




2) Beli jam loceng yang 'kasi' gegar satu rumah.*kalau boleh satu imarah*
- kalau tak boleh jugak, kena pergi hospital berdekatan untuk periksaan telinga!






jam loceng!!
3) Letak 'jam loceng di cadangan kedua tadi' di tempat yang sukar dicapai dan memaksa kita bangun. Seperti di :
- dapur
- bilik air
- ruang tamu






tapi tidak di :
- rumah jiran
- telinga kawan sebilik
- di tempat haiwan peliharaan
- tangga rumah *takut jatuh masa tengah mamai*




4) Pastikan anda ada keazaman yang tinggi untuk bangun subuh!


Wudhu' boleh menyegarkan anda!




5) Pesan pada bantal supaya kejutkan kita untuk bangun subuh.
- nampak macam karut tapi cuba lah! manalah tahu an? *errkk..*




6) Minta tolong kawan kita yang selalu bangun awal supaya kejutkan kita.
- belanja makan sebagai balasan! *melainkan kalau dia ikhlas*




Kalau ada atas katil, bukan terjaga je.. boleh mandi terus!!
7) Cipta alat pancuran air yang boleh set masa dan letak betul-betul atas muka di siling bilik.
- mesti bangun punya sebab dah basah kena air.
- kalau tak bangun juga, alamatnya kawan kitalah yang tolong sembahyang kan kita! *simpang!! ~gaya usop wilcha*






Jadi, ingatan saya kepada diri sendiri dan kawan-kawan supaya bangunlah subuh kerana ianya ibarat 'battery recharge time' untuk manusia. 




Mulakan hari anda dengan permulaan yang baik dan hari anda insyaAllah akan menjadi ceria dan gembira!!
Enhanced by Zemanta

Saturday, May 21, 2011

bb fever vS cat lover



semenjak, dua menjak, tiga menjak nieyh...

ada demam melanda Mansoura ni....

demam ni spesial punya.... 







Cat atau Kucing atau القطا
Blackberry atau Ø¨Ù„اك بيري 






vS





agak-agak mana satu yang menang?

dua2 menang!!!! yeay!!!! 

mungkin hidup kat perantauan ni banyak tekanan...
apa salahnya ada bnda yg boleh dilakukan untuk ber'gumbira'..

antara sebab perlu pilih kucing :

semangat dan sehatnye badan kucing nieyh!!
1) comel, cute dan manja!!!

2) boleh jadi teman berbicara dan meluahkan perasaan...
contohnya :
Pemilik Kucing : "Kucing2, arini kan kita byk kerja kena buat.. study la... makan la... bergosip la... study balik.... mandi pulak... masak lagy...."
Kucing : meoww...meooow... meeooowww.. (aku paham!!)

3) kucing buat hati rasa gembira... hidup rasa dipenuhi dan diperlukan... haha.. 

tapi ada jugak masalahnya...

1) makanan dia nk yg up2 je... kucing tak makan nasi lemak ke... kari ayam ke.. kucing makan friskies... makanan dalam tin je...

2) kalau yg jenis bulu senang tercabut tu memangla... penuh bulu kucing kat baju... berbulu orang tengok!!! =]

3) kalau kena cakar memang sedap la an.... penuh pulak parut2 kesan "love touch" kucing tue....

itu untuk yang nk memanjakan diri dengan bnda hidup.. kalau yg jenis hantu gadget.... mangsa trend... BB la pulak....

Mengapa perlu pilih Blackberry (bb) :

mutu, gaya, keunggulan!!!
1) sebab blackberry bukan blueberry...ngeh3..

2) bb ada bbm... apa tu?? Blackberry Messenger... 

3) bb ada apa lagy ek?? errmmm... boleh online... guna kucing mane boleyh online... hehe

tapi ada juga masalahnye :

1) bb selalunya harga berjuta-juta.... huhu
Rupiah la....hehe mahal... tak semua mampu ek....

2) kalau ada bb orang akan gelarkan kita bbb.. budak blackberry... hehe *masalah ke tu?*

3) kalau ada bb, tak dapat nikmati hidup sebab sibuk ber'bb' 24/7... kadang2 orang tegur pown tk perasan...kih3.. dalam kelas pown tk focus sebab kat tangan ada bnda yg lagy berharga kowt!! =]

Jadi............

siapakah pemenang antara pertarungan antara dua pengaruh ni??

adakah kucing yg comel dan montok 

atau

bb yang fashionable, flexible and flabby? *ayat arwah din beramboi dalam sawancara* hehe

aku pown tak tahu... 

ikut korangla nk pilih mana..

yang nak beli bukan duit aku pown....

duit hasil titik peluh korang jugak an....

penat2 kerja.... eyh... "bukan ke budak ni study lagy?"

owh... duit mak ayah korang dan bukan duit mak ayah aku pown...

kan..kan..kan..

terpulang la... kalau rasa perlu.. beli...

kalau rasa tak perlu.... beli jugak... boleh?

yang penting study leklok...

jangan tekanan2...

jangan tidur lambat2....

jangan nak sibuk cari orang rumah je.. " bagi yg ikhwat"

jangan sibuk cari calon suami.."bagi yg akhwat"

jodoh pasti akan datang dan menjelma bila sudah tiba masanya nanti..

jangan yang dikejar tak dapat...yang dikendong berciciran..

*macam lari tajuk je? bedal je la... al maklumlah lama tak menulis...

nie yang tulis macam orang bulimia je ni....

jadi...

kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi...

exam pown dah dekat...

makin lama makin mencarut-carut aku kat sni plak....

jadi..."dah bape kali jadi da?"

GOOD LUCK buat semua pelajar yang akan exam nanti...

jumpa lagi.. bubbye!!!! (^__^)

p/s : kandungan blog ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia!!!

PEACE!!

~others~

Related Posts with Thumbnails